|
Seminar Serantau Seabad Buya Hamka Dirasmikan Oleh YB Menteri KPKK Pada 25/01/2010 |
|
Thursday, 28 January 2010 |
|
Kuala Lumpur, 25 Januari 2010 - Seminar Serantau Seabad Buya Hamka yang dirasmikan oleh YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia di Bilik Senat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam Ucap Utama Majlis Perasmian Seminar Serantau Seabad Buya Hamka, YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim berkata, "Seminar ini memberi impak ke arah peningkatan ilmu dan pembentukan peradaban bangsa. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Hamka, anak kelahiran Minangkabau (Indonesia), yang mempunyai pengaruh intelektual yang besar, meliputi pelbagai bidang keagamaan, sastera, falsafah, sejarah dan kewartawanan. Penampilan tokoh yang berwawasan seperti Hamka difikirkan perlu untuk dikongsi bersama di kalangan ahli akademik, para pendakwah, pihak NGO, individu, organisasi atau sesiapa sahaja yang berusaha untuk memartabatkan ilmu pengetahuan dalam apa jua bidang sekalipun.
|
|
Last Updated ( Thursday, 28 January 2010 )
|
|
Read more...
|
|
|
Proposal Malam Muhasabah Tahun Baru Hijriyah 1431 |
|
Thursday, 17 December 2009 |
 Proposal IKMM Download Proposal Muhasabah Tahun Baru Hijriyah 1431 Sebentar lagi kita akan memasuki tahun baru hijriah, tepatnya pada Jum’at, 18 Disember 2009/1 Muharam 1431 H. Yang berarti kita akan meninggalkan tahun lalu, dan memasuki tahun baru hijriah, yakni tahun baru Islam. Setiap awal tahun hijriyah seperti ini kita semestinya sebagai umat Islam segera membangun semangat baru untuk meningkatkan ketakwaan dan ketaatan kepada Allah SWT. Harapan kami, dengan adanya malam muhasabah Tahun baru Islam 1431 H dengan tema : “ Tahun baru Islam 1431H : Meneladani semangat hijrah Rasulullah SAW sebagai momentum hijrah akhlaki ” ini akan semakin menambah pemahaman tentang bagaimana sikap kita terhadap pergantian tahun baru islam ini serta semakin mempererat jalinan silaturahmi antar mahasiswa minang di lingkungan Universiti Kebangsaan Malaysia. |
|
Last Updated ( Thursday, 17 December 2009 )
|
|
|
Ucapan Terima Kasih kepada Relawan IKMM |
|
Thursday, 17 December 2009 |
 Terima Kasih Download Ucapan Terima Kasih Dewan Pengurus Ikatan Keluarga Mahasiswa Minang Universiti Kebangsaan Malaysia (IKMM-UKM) Malaysia. Mengucapkan terimakasih setinggi-tingginya atas kiprahnya membantu Misi Kemanusian IKMM terhadap korban Gempa 30 september di Sumatera Barat kerjasama dengan Tim PANTAS Kerajaan Selangor : |
|
Last Updated ( Saturday, 19 December 2009 )
|
|
Read more...
|
|
|
Tuesday, 15 December 2009 |
|
Persatuan Pelajar Indonesia PPI UKM akan mengadakan Scientific conference ke 5 pada tanggal 17 februari 2010. dikarenakan waktu yang sangat singkat, maka kami selaku panitia akan meminta peserta yang ingin mengikuti SC 5 untuk mengumpulkan full paper sesuai ketentuan yang dibawah ini .untuk info lebih lengkap silahkan hubungi via email ke
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
atau Wiend Sakti Myharto (0173436929)
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
TEMA : " Mengukuhkan Kembali Hubungan Indonesia-Malaysia Melalui Kontribusi Ilmu Pengetahuan "
|
|
Read more...
|
|
|
Monday, 14 December 2009 |
Kegiatan seminar serantau ini adalah anjuran bersama Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (FPI-UKM) dengan Ikatan Keluarga Mahasiswa Minangkabau (IKMM) Malaysia.  Seminar Satu Abad Buya Hamka - Tanggal : 25 – 26 Januari 2010
- Tempat : Dewan Canselori Tun Abdurrazak (DECTAR)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Pembicara : 1. Dato’ Dr. Rais Yatim (Mentri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia) 2. Drs. H. Rusdi Hamka (Kerabat Buya Hamka) 3. Prof. Dr. Yunahar Ilyas, Lc. MA (PP. Muhammadiyah Indonesia) 4. Prof. Dr. Moctar Naim (Anggota DPD RI) 5. Prof. Madya Dato’ Dr. Sidiq Fadhil (Presiden WADAH Malaysia)
|
|
Last Updated ( Saturday, 16 January 2010 )
|
|
|
Seminar Serantau Memperingati Seabab Buya Hamka |
|
Sunday, 13 December 2009 |
 Buya Hamka Haji Abdul Malik Karim Amarullah (HAMKA) adalah seorang ulama dan intelektual muslim yang berasal dari Minangkabau (Indonesia) yang pengaruhnya melampaui sempadan geografi Indonesia. Ketokohan Hamka juga dikenali di seluruh kawasan Tanah Melayu. Beliau dihargai kerana pengaruh intelektualnya yang meliputi pelbagai bidang keagamaan, sastera, falsafah, sejarah dan kewartawanan. Sehingga beliau dikenali sebagai seorang tokoh yang “multi dimensi.” Seluruh karya Hamka dalam beberapa bidang berkenaan telah menjadi rujukan dan bahan penyelidikan di kalangan kaum terpelajar samada di Indonesia mahupun di Malaysia.  Seminar Seabad Buya Hamka
Karya Hamka yang meliputi pelbagai bidang ilmu telah tersebar hingga ke Tanah Melayu, sehingga nama Hamka tidak asing lagi di kalangan masyarakat Indonesia dan Malaysia. Karya Hamka seperti Tafsir Al-Azhar yang menjadikan rujukan oleh umat Islam di kawasan ini telah diterbitkan di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga memberikan penghargaan Doktor Honoris Causa pada tahun 1974. Kini satu rak koleksi di Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM diberi nama Hamka. Oleh kerana lengkapnya keperibadian Hamka, maka kedalaman ilmunya boleh diibaratkan bagai telaga tanpa dasar dan ibarat laut yang luas dan dalam. Kerana itu ia boleh ditinjau dari pelbagai aspek sama ada dari aspek akademik mahupun intelektual.
Pertama, Hamka boleh dianggap sebagai tokoh pemersatu “the integrator man” bagi kawasan ini, samada diperingkat kebangsaan mahupun antarabangsa, bidang budaya mahupun agama. Tampak daripada biografi dan karya intelelektual beliau melampaui batas-batas etnisiti dan kebangsaan yang sempit, sebagaimana isu-isu sosial yang berkembang pada masa ini. Kedua, pemikiran Hamka telah memberikan wawasan kemodenan dan demokrasi di kawasan Indonesia dan Malaysia dengan pelbagai karya yang diterbitkan. Pembaharuan minda yang berasaskan Islam dan Budaya Melayu Minangkabau menjadikan masyarakat ini meninjau semula wawasan budaya mereka dalam menerokai kemajuan.
Sempena meraikan seabad kelahiran Buya Hamka, maka dirasakan sangat relevan untuk membahas dan membentangkan pemikiran Buya Hamka, samada untuk wawasan masa kini mahupun untuk masa hadapan yang penuh cabaran dengan pelbagai masalah seperti isu perkauman, kebangsaan, bahasa, budaya dan agama, terutama kaitannya dengan hubungan dua hala antara Indonesia dan Malaysia.
|
|
Last Updated ( Sunday, 13 December 2009 )
|
|
|